Sekolah Menengah Tasek Damai (SMKTD), Ipoh telah didirikan di atas
tanah seluas 20 ekar (8,094 hektar) dan mempunyai 4 buah blok utama
dengan sejumlah 24 buah bilik darjah.
Pada akhir tahun 2000, SMKTD telah siap dibina sepenuhnya dan
memulakan operasinya pada tanggal 2 Januari 2001. Sebagai persediaan
untuk sekolah mula beroperasi sepenuhnya , Tuan Hj. Azmi b. Ahmad telah
dilantik sebagai pengetua pertama.
SMKTD bermula dari 998 orang pelajar dan 44 orang guru.
Pelajar-pelajar terdiri dari Tingkatan Peralihan hingga ke Tingkatan
Lima. Pada tahun 2003, SMKTD telah menerima pelajar-pelajar Pendidikan
Khas seramai 53 orang. Mereka ialah pelajar-pelajar dari Tingkatan 1
hingga Tingkatan 3. Pada tahun 2008 dua buah bangunan Pendidikan Khas
yang baru dibina bagi menampung pertambahan pelajar Pendidikan Khas.
BARISAN PENTADBIR
TN. HJ. AZMI BIN AHMAD
( JANUARI 2001 - DISEMBER 2003 )
TN. HJ. ABU HANIPAH BIN MOHD ISA
( JANUARI 2004 - DISEMBER 2012 )
TN. HJ. MOHD JAMLI BIN MAT ISA
( MAC 2012 - DISEMBER 2014 )
HAJAH NORMARINA BINTI MUSTAPPA
( FEBRUARI 2015 - JUN 2018 )
( JUN 2018 - HINGGA SEKARANG )