SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK TASEK DAMAI Fly High 2019

Wednesday, 30 November 2016

Piagam Pelanggan

Kami warga SMKTD dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami :


Ø    Menyediakan sistem pendidikan yang terbaik berasaskan budaya ilmu yang memenuhi kehendak individu, masyarakat dan Negara serta memenuhi matlamat perpaduan Negara.

Ø    Menentukan pengeluaran sistem pendidikan yang mempunyai nilai-nilai teras yang ditetapkan dan ciri-ciri yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Ø    Memberi peluang yang sama kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira latar belakang, agama dan keturunan untuk mendapat pendidikan yang sebaik-baiknya.

Ø    Mewujudkan jentera dan sistem pengurusan pendidikan yang cekap, berkesan, canggih, dinamik dan berteraskan kepada pembaharuan yang berterusan.

Ø    Menguruskan kerja dengan cekap, pantas dan bijaksana.

Ø    Menyediakan staf yang mencukupi serta berdedikasi, komited, terlatih , berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif.

Ø    Menyediakan kemudahan-kemudahan pendidikan yang selesa, lengkap dan mencukupi berteraskan piawaian-piawaian tertentu selaras dengan pengeluaran perkhidmatan cemerlang.

Ø    Memastikan Kementerian sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak dan keperluan-keperluan pelanggan, murid, guru, masyarakat dan Negara.

Ø    Meningkatkan kegemilangan dan mertabat profesion keguruan  untuk menarik individu-individu yang terbaik menyertai perkhidmatan pendidikan.

 MENJADIKAN SMK TASEK DAMAI SEBAGAI SEKOLAH BERKESAN DAN BESTARI

Related Posts:

  • FALSAFAH SEKOLAH FALSAFAH SEKOLAH Pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Damai merupakan suatu usaha yang berterusan bagi menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang terancang, terkawal dan berkemampuan untuk memperkemb… Read More
  • Pentadbiran Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE … Read More
  • Visi & Misi Sekolah v\:* {behavior:url(#default#VML);} o\:* {behavior:url(#default#VML);} w\:* {behavior:url(#default#VML);} .shape {behavior:url(#default#VML);} Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NO… Read More
  • Sejarah SMK TASEK DAMAI Sekolah Menengah Tasek Damai (SMKTD), Ipoh telah didirikan di atas tanah seluas 20 ekar (8,094 hektar) dan mempunyai 4 buah blok utama dengan sejumlah 24 buah bilik darjah. Pada akhir tahun 2000, SMKTD telah siap dibina… Read More
  • Piagam PelangganKami warga SMKTD dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami : Ø    Menyediakan sistem pendidikan yang terbaik berasaskan budaya ilmu yang memenuhi kehendak individu,… Read More